Karya yang dihasilkan
oleh Nik Zainal Abidin yang berjudul wayang
kulit Kelantan (1961) merupakan sebuah karya catan yang menyelitkan
unsur-unsur persembahan teater. Ia merakamkan watak dalam cerita termasuk Hanuman,
Pak Dogol dan Wak Long. Negeri kelantan mempunyai seni wayang kulit yang sangat
terkenal dalam kalangan masyarakat pantai timur. Menurut Matlamat SDG 11.4 iaitu suatu usaha kerajaan melindungi
warisan budaya dan semula jadi dunia. Warisan dan budaya tanah air merupakan
suatu harga tidak ternilai juga harus dipelihara agar terus menjadi kebanggaan masyarakat
Malaysia. Ia akan menjadi tatapan kepada generasi seterusnya kerana tamadun
serta aspek sejarah yang lampau amat penting dalam membentuk identiti bangsa dan negara.
Pemandangan Rumah Rakit (1959)
Karya pertama yang
dihasilkan oleh Khalil Ibrahim yang berjudul permandangan rumah rakit yang diilhamkan
pada tahun 1959 dengan gaya catan pengaruh dan Gainsbrough yang bersifat
romantis dan naturalistik British. Beliau adalah senior yang banyak menghasilkan
dan aktif mencipta hasil karya seni di mana pengalaman dan penggambarannya di
Eropah banyak menyerlahkan kreativitinya sebagai seorang seniman. Lukisan yang
menggunakan media cat minyak dan berukuran 39 × 64 cm ini menggambarkan
pemandangan rumah rakit di Kelantan pada sekitar 1950an. Ia mendokumentasikan gaya
hidup rakyat tempatan ketika itu yang memilih untuk tinggal berhampiran dengan sumber
air sebagai sumber keperluan harian dan perhubungan jalan. Menurut matlamat SDG 11.a, usaha kerajaan merancang
pembangunan negara dan wilayah yang kukuh. Selain itu, teks penuh Matlamat 11.a
adalah untuk menyokong hubungan ekonomi, sosial dan alam sekitar yang positif
antara kawasan bandar, pinggir bandar dan luar bandar dengan mengukuhkan
perancangan pembangunan negara dan wilayah. Oleh itu, lukisan tersebut memaparkan
kehidupan penduduk setempat dengan persekitaran yang bersih dan suasana yang
aman dan tenteram.
Menyeberangi sungai (1951)
Karya lukisan yang dihasilkan oleh Khaw Sia adalah antara seniman yang aktif dalam kumpulan seni Penang “watercolourist” yang lebih tertumpu kepada menghasilkan karya alam sekitar. Penggunaan cat air sering digunakan sebagai medium utama kumpulan ini kerana kemudahan pembuatannya melalui teknik cucian dan pertindihan warna, malah lukisan cat air terkenal pada tahun 1950-an kerana ekspresi visualnya yang spontan. Karya ini tidak akan menekankan perincian objek atau bentuk, tetapi sebaliknya lebih menumpukan pada aliran dan pergerakan sapuan berus yang menghasilkan kesan visual yang dramatik. Menurut Matlamat SDG 11.5, usaha kerajaan untuk mengurangkan kesan buruk bencana Alam. Hal ini kerana cuaca atau iklim di dalam lukisan ini, ia menyampaikan sesuatu yang segar dan menenangkan kepada para audien. Tambahan pula, sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab terhadap berlakunya kemusnahan atau pencerobohan alam sekitar seperti yang dilakukan. Sebagai contohnya, pencemaran air, pembuangan sampah sarap di merata tempat, pembuangan sisa toksik, penebangan pokok hijau dan sebagainya.
5.2 Analisa Karya Luar Negara
The Bridge
At Villeneuve-La-Garenne (1872)
Pelukis impresionis Inggeris, Alfred Sisley mencipta karyanya bertajuk “The Bright At Villeneuve-La-Garenne” pada tahun 1872. Bright At Villeneuve-La-Garenne” ialah contoh yang baik tentang kemahirannya bukan sahaja untuk menangkap kesan cahaya matahari pada landskap tetapi juga untuk memantulkan langit biru dari awannya ke atas air. Jambatan di “Villeneuve-La-Garenne” menggambarkan jambatan gantung besi dan batu yang telah dibina pada tahun 1844 untuk menghubungkan kampung Villeneuve-La-Garenne dengan pinggir bandar Paris-Saint-Denis. Penggunaan sapuan berus dalam karya Sisley adalah tripikal, rata dan mengekalkan artikulasi bentuk yang jelas. Menurut Matlamat SDG 11 untuk menyediakan akses kepada sistem pengangkutan yang selamat, mampu milik, mudah diakses dan mampan untuk semua, meningkatkan keselamatan jalan raya, khususnya meluaskan pengangkutan awam yang mampan dan kukuh. Pengangkutan awam memainkan peranan yang penting terhadap corak perjalanan masyarakat. Sistem pengangkutan antara kompenan penting dalam negara mampan. Ia merupakan penyelesaian kepada pelbagai permasalahan seperti kesesakan lalu lintas, peningkatan masa perjalanan, risiko kemalangan jalan raya dan pencemaran alam sekitar yang disebabkan oleh kebergantungan masyarakat kepada kenderaan persendirian.
Le- Pont Neuf (1872)
Karya lukisan yang dihasilkan oleh seniman Perancis Pierre-Auguste Renoir
yang berjudul Le- Pont Neuf pada 1872 merupakan sebuah karya yang menghasilkan
lukisan minyak di atas kanvas. Lukisan Le- Pont Neuf mengambarkan pembagunan kota yang indah di negara Paris. Menurut Matlamat SDG 11.3 untuk menyediakan perbandaran
inklusif dan mampan. Selain itu, teks penuh dalam Matlamat 11.3 adalah
untuk meningkatkan pembandaran yang inklusif dan mampan serta kapisiti bagi
perancangan dan pengurusan penempatan manusia yang mengambil bahagian bersepadu
dan mampan di seluruh negara menjelang 2030. Agenda pembandaran kawasan ini perlu dilihat secara holistik, mengimbangi
tahap darjah kemampanan dengan sektor ekonomi, sosial dan alam sekitar yang
lain. Oleh itu, bandar juga mesti menyediakan semua kemudahan infrastuktur,
kebolehcapaian serta menyediakan peluang dan perkhidmatan yang adil kepada
semua warganya.
Mount Sainte- Victoire And The Viaduct Of The Arc River Valley (1882-1885)
Karya lukisan
yang dihasilkan oleh seniman barat yang bernama Paul Cezanne yang berjudul Mount Sainte-
Victoire And The Viaduct Of The Arc River Valley pada 1882-1885 merupakan
sebuah karya yang menghasilkan lukisan minyak di atas kanvas. Lukisan yang
berukuran 65.4 cm × 81. 6 cm telah dipamerkan di Muzium seni Metropolitan. Lukisan Mount Sainte- Victoire And The Viaduct Of The Arc River Valley
menggambarkan pokok-pokok yang menghijau dihutan dalam keadaan alam sekitar
yang cantik dan tenang. Menurut Matlamat
SDG 11.7 untuk menyediakan akses kepada ruang hijau dan awam dan inklusif. Hal
ini kerana hutan berperanan dalam mewujudkan atau membangunkan persekitaran yang
bersih dan selesa untuk kesejahteraan manusia dan hidupan liar. Oleh itu, ia boleh
menghalang hakisan tanah dengan mengekalkan kelembapan tanah dan melindungi daripada ancaman bahaya yang akan
berlaku.





